Definisi
:
-
HIV
(Human Immunodeficiency Virus) : Virus yang memusnahkan ketahanan
badan seseorang dan menyebabkan AIDS
-
Virus HIV membunuh sel
darah putih yang dipanggil antibodi (bergantung pada saiz badan manusia)
-
Antibodi sebagai askar
membunuh virus penyakit biasa (seperti demam, selsema, sakit perut, tibi) dan
kecederaan askar tersebut akan pulih sediakala
Bagaimana HIV berjangkit?
1) Seks
yang tidak selamat bersama pesakit HIV termasuk tidak menggunakan kondom
2) Air
mazi dan mani pesakit HIV dimasukkan ke badan orang lain
3) Pemindahan
darah pesakit HIV ke saluran darah orang lain melalui luka, kesan lecetan dan
kudis termasuk tidak menggunakan sarung tangan semasa pertolongan cemas
4) Perkongsian
jarum atau bahan-bahan suntikan dengan pesakit HIV
5) Dari
ibu kepada anak semasa hamil dan menyusu badan jika si ibu pesakit HIV
HIV tidak merebak :
1) Di
luar tubuh manusia samada kulit, pakaian, air atau udara – HIV tidak boleh
hidup lama di luar daripada badan manusia sahaja
2) Melalui
bersin, batuk, peluh, air kencing dan air mata
3) Dengan
berjabat tangan, bersentuhan, berpelukan, berciuman dan beronani
4) Apabila
berkongsi pinggan, sudu, telefon, pakaian, tempat tinggal dan tempat tidur,
tandas awam termasuk bekerja dan belajar bersama
5) Dengan
berkongsi kolam renang kerana klorin membunuh kuman HIV
6) Melalui
gigitan nyamuk atau haiwan kerana kuman HIV tidak boleh hidup dalam badan
binatang
Rawatan HIV :
1) Ubat
HIV – RM 2000 sebulan
2) Kaunseling
3) Makanan
seimbang seperti karbohidrat, protein dan vitamin (sayur yang dimasak) –
meningkatkan antibodi
4) Tidur
yang cukup sekitar 6 – 8 jam sehari – meningkatkan antibodi
5) Bersenam
aktif – meningkatkan antibodi
6) Elak
daripada rokok, arak, dadah dan seks tidak selamat
Penutup :
-
Cara hidup sihat
memanjangkan usia sehingga 5, 10, 15, 20 tahun dan lebih daripada itu
-
Pesakit HIV yang tidak
mengamalkan cara hidup sihat hidup sekitar 5 tahun
-
Ada pesakit HIV di
Malaysia yang hidup sehingga 23 tahun, sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang
anak angkat
Rujukan :
1. Agensi
Antidadah Kebangsaan & Thinker’s Library Sdn. Bhd. (2008). Dadah Musuh
No. 1 Negara. Batu Caves : Thinker’s Library Sdn. Bhd.
2. Hj.
Jamaludin Hj. Ahmad. (2010). Salah Guna Dadah, Sebab, Akibat, Cegah Dan Rawat.
Serdang : Universiti Putra Malaysia Press.
3. Jasiman
Ahmad. (2006). Dasar-Dasar Negara. Kuala Lumpur : Jade Green Publication
Sdn. Bhd.
4. Pengalaman
bertugas di Pusat Serenti Sungai Ruan, Agensi Antidadah Kebangsaan, Raub,
Pahang pada tahun 2008 – 2010.
5. Portal
Rasmi Pejabat Kesihatan Daerah Kinta. 2012. HIV dan AIDS.
pkdkinta.moh.gov.my/v3/index.php?option=com_content&view=article&id=106%3Ahiv-dan-aids&catid=45%3Ainfo-kesihatan&lang=en.
Diakses pada 01 Februari 2013.