Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : "Sesungguhnya jual beli itu adalah lahir dari redha-meredai". (Riwayat Ibnu Hibban).
Suatu petang yang indah dengan curahan titis hujan deras membasah lurahan jalan bertar membangkit keinginan aku untuk menjamah semangkuk mee tomyam panas dan segelas teh o suam dengan dinginan angin bayu sedang meniup. Aku bisa hairan lagi, memerhati deretan kedai makan yang tidak dibuka siang hari sedari mula aku menjamah masakan lazat di salah sebuah kedai bermula hampir sebulan yang lepas. Mungkin juga mereka beroperasi hanya di malam hari. Lagi, mentanglah minggu ini musim bercuti pelajar, kedai masakan lazat tersebut turut tiada buka sedari Isnin. Hanya sebuah kedai yang baruku kenal hasil menunya. Agak enak.
"Berikan saya mee kari, boleh?". "Mee kari tiada", kata anak pemilik kedai yang muda remaja. Seingatku, dia masih belasan tahun yang pasti menjangkau umur 20an tiada berapa lama lagi. "Baiklah, kalau begitu, berikan saya mee tomyam. Ada?". "Ada", jawabnya. "Berikan saya teh o suam segelas ye", pesanku lagi. Ini kali kedua aku menikmati menu yang berkuah sedari semalam. Huh! Bisa enak bagaikan berada di kedai serupa restauran. Mee tomyam. Semalam mihun sup. Lagi, tiadaku sangka yang aku bisa tersedak dan terbatuk dengan kepekatan rasa kuah tomyam yang harum sehingga menusuk nafas hidungku. Mungkinkah ada siapa-siapa yang sedang menyebut nama manjaku? Atau bisa menyebut namaku di mana-mana pejabat? Atau rakan sepejabat bisa bertanya di mana aku yang kini sedang menjamah tengahari seorang diri? Percikan air mata jernih mengena kedua cermin mataku kerana aku menahan batuk yang sehingga meluah semula seteguk kuah tomyan yang bisa hampir tertelan.
Aku lantas bangun dengan bersahaja meninggalkan meja. Meninggalkan meja makan seusai menjamu selera. Aku berbicara dengan seorang wanita yang mungkin juga kakak kepada adik muda remaja tadi tentang menu yang telahku nikmati. Alasanku ingin membayar wang yang telah ditetapkan harga menunya. Fikiranku melayang mungkin kerana banyak berfikir tentang tugasan dan tindakan menyebabkan aku tersasul menyebut akan nama menu-menu yang telah memenuhi ruang perutku.
"Semua sekali RM6.50", kata wanita tersebut yang bermasam muka, tiada langsung mempamer wajah seri ciptaan Ilahi. Aku membayar dengan wang kertas RM50.00 kepadanya kerana tiada pecahan wang yang kecil. Oh! Alangkah terkejutnya aku apabila wanita itu lantas mengambil wang dariku seakan-akan merampas dengan tangannya dari tanganku sendiri. Hatiku mula berang dengan kesopanan yang semakin kabur bagi seorang wanita. Ingin sahaja aku berkata-kata agar wanita itu sedar kesilapannya selepas pulangan baki sampai kepadaku tidak berapa lama sahaja lagi. Tetapi, Allah Maha Mengetahui. Hatiku cuba meredakan amarahku. Hatiku cuba menahan. Menahan dengan kesabaran. Bukankah aku ingin berubah? Berubah menjadi seorang yang penyabar? Walaupun panas hatiku tidaklah terlampau, tetapi aku bisa kesal dengan peniaga sedemikian. Bukankah lebih baik dia sedaya menyenyum sahaja. Bukankah wanita itu bisa tiada rugi apa-apa. Sekadar senyum. Bukankah senyum itu seringan-ringan sedekah? Wajarkah anda mempamer wajah semasam asam? Sekiranya berat untuk senyum, sekurang-kurangnya, cubalah beradab seperti adik yang muda remaja tadi. Tiada senyum tetapi masih boleh beradab sopan dengan pelanggan. Jangan sampai pelanggan menggelar anda peniaga yang tiada beradab sopan.
Wang baki yang diberi turut seakan-akan kasar cara pemberiannya. Mengapa? Adakah kerana sebentar tadi aku terbatuk sehingga terluah kuah dari mulutku yang hampir tertelan di permukaan lantai berhampiran kedainya? Atau, memang wanita tersebut tiada 'mood' mahupun memang tiada beradab bersopan?
Wahai peniaga. Cubalah anda bersopan sedikit dengan para pelanggan yang bisa memilih kedai anda untuk menjamu selera. Tiada pelanggan yang hadir dengan bayaran percuma. Tiada pelanggan yang hadir dengan tiada hati yang rela. Tiada pelanggan yang hadir kerana niat buruk semata-mata. Pelanggan cuma hadir kerana menyangka kedai anda yang terbaik. Jangan sehingga nanti tiada pelanggan yang mahu hadir lagi ke kedai anda oleh sebab sikap anda yang mementingkan perasaan sendiri. Bayangkan seseorang yang memerlukan RM6.50 sehari untuk menjamu selera di kedai anda. Pelanggan tersebut akan hadir selama seminggu. Anda akan memperoleh keuntungan sebanyak RM32.50 seminggu. Tetapi, dengan sikap anda yang sedemikian, anda mungkin akan kerugian RM32.50 dalam seminggu, atau RM130.00 dalam sebulan, atau RM1560.00 dalam setahun. Jadi, renung-renunglah.
Semoga anda semua yang bergelar peniaga yang terbiasa kasar dengan pelanggan akan bisa membuat perubahan semata-mata kerana Allah. Percayalah! Buat baik pasti dibalas baik oleh Allah. Jangan bisa merugi diri sendiri! Contohi mereka yang beradab sopan kepada para pelanggannya.
Semoga anda semua yang bergelar peniaga yang terbiasa kasar dengan pelanggan akan bisa membuat perubahan semata-mata kerana Allah. Percayalah! Buat baik pasti dibalas baik oleh Allah. Jangan bisa merugi diri sendiri! Contohi mereka yang beradab sopan kepada para pelanggannya.