Friday, January 3, 2014
Thursday, January 2, 2014
Ulasan Syarahan Perdana di INFRA, Kajang
Penubuhan Malaysia pada tahun 1963 sebenarnya bukanlah atas tuntutan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Hajj sebagaimana dalam buku-buku sejarah tetapi ia merupakan cadangan pihak British, Amerika, Australia, New Zealand pada tahun 1949. Penubuhan Malaysia merupakan gabungan antara negeri Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei. Penubuhan Malaysia juga adalah kesinambungan daripada negeri-negeri jajahan yang diberi kemerdekaan terlebih dahulu oleh Komenwel sebelum digabung menjadi Persekutuan Malaysia.
Tujuan penubuhan Malaysia antaranya untuk mengelak daripada keganasan komunis. Tambahan pula, kemenangan parti sosialis di Singapura menjadi pengaruh yang luas untuk menyekat keganasan komunis yang berleluasa pada masa itu. Walaubagaimanapun, Singapura yang menyertai Malaysia telah meninggalkan kesan iaitu bilangan bangsa Cina lebih ramai berbanding bangsa Melayu. Namun, gabungan Sabah, Sarawak dan Brunei dalam Persekutuan Malaysia menyeimbangkan semula bilangan orang Cina agar tidak melebihi bilangan orang Melayu.
Suruhanjaya Cobborld juga ditubuh untuk merujuk bukti persetujuan majoriti rakyat Borneo Utara dan Sarawak berhubung penubuhan gagasan Malaysia.
Singapura yang telah merdeka melalui Malaysia pada tahun 1963 telah mengambil langkah berani untuk keluar daripada Malaysia pada tahun 1965. Keberanian tersebut tidak sesekali menggugat kepentingan dan kebolehan mereka berikutan pengalaman mereka menyertai Parti Buruh dan Parti Sosialis sebelum bergabung dengan Tanah Melayu.
Dewasa ini, negara Singapura dimonopoli bangsa Cina secara majoriti. Begitu juga dengan negeri Pulau Pinang yang mewakili 51% bangsa Cina berbanding Melayu. Isu dimana benarkah Pulau Pinang kebarangkaliannya turut mengikuti negara Singapura yang mengamalkan sistem Presiden tidak mungkin berlaku selagi mana Perlembagaan Pesekutuan dihormati dan dipelihara pemerintah dan rakyat jelata. Secara amnya, DAP yang memerintah Pulau Pinang kini merupakan satu parti yang pernah gagal sewaktu memerintah Singapura dahulu.
Sekian.
Posted via Blogaway
Subscribe to:
Posts (Atom)